Translate

Mesti Baca

Selasa, 8 September 2015

Ulasan : Kesian PAS

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا (١٣٩)

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139)
(Surah An-Nisa ayat 138-139)

Lama betul laman gua yang satu nih bersawan selepas artikel terakhir menjelang Muktamar Pemilihan PAS kerana gua lebih menumpu kepada laman-laman gua yang lain. Gua cukup tertarik dengan perkembangan politik negara bila 'Golongan Haru Biru' mula timbul pada parti Umno, PAS, PKR, BN, PR yang mencipta puak-puak. Umno dengan puak TSMY vs DSNR, PAS dengan puak Pro Ulama vs PasMa/GHB (puak barua Dap), PKR pula dengan puak yang masih ingin bersama PAS vs puak menolak PAS vs puak berebut kawalan ke atas parti.

PAS yang paling teruk krisisnya, kerana G18 yang menggelar diri mereka golongan profesional terulung dunia telah membawa keluar 80 peratus ahli PAS, bukan setakat ahli malah semua ilmu PAS pun mereka angkut. Golongan ini cukup hebat selepas keluar dari PAS kerana mereka telah memiliki satu lagi taraf iaitu ProMa (gabungan profesional + ulama). Dari taraf Ustaz diangkat menjadi Tuan Guru dan dari Tuan/Puan kepada Ustaz/Ustazah. Memang benar kata-kata Dr Dzul yang GHB memiliki ulama-ulama luar biasa di mana presiden mereka sudah dipanggil Ustaz Mat Sabu. Mula-mula gua sikit terkejut bila ada satu laman menamakan Abg Mat kepada Ustaz.

Semua pemimpin tertinggi boleh mengeluarkan fatwa sendiri tanpa merujuk dulu kepada Tuan Guru Ahmad Awang. Sejak puak ProMa ini menjadi barua Dap dan ditambah perisa dengan adegan makan setalam dengan Abang Besar (Dap) semakin hari semakin haru biru. Semakin hari semakin sial dengan kenyataan bodoh disebabkan lidah sama lidah sudah berkulum dengan Abang Besar. Islam dan hukum hakam telah dibangkul sampahkan demi menjaga hati dan mengikut arahan Dap.

Gua rasa puak ProMa sudah makan nasi kangkang Dap kerana apa-apa yang berkaitan dengan Islam mestilah dipersembahkan dulu kepada Dap kerana Dap segalanya atau mungkin juga itulah ulama luar biasa yang dimaksudkan oleh Ust Dr Dzul. Jika tidak, takkan LKS berani mengatakan 10-20% Melayu yang menyertai Bersih 4.0. bukan mewakili umat Islam. Bagi gua yang bukan prof, jika bukan mewakili Islam atau mana-mana agama bermakna mereka sama dengan komunis yang selama ini menjadi pegangan kuat Dap. Bukankah komunis mengatakan agama itu candu, kerana candu itu jugalah Ustaz Mat Sabu mengatakan yang PAN tidak akan menyokong Hudud melalui MP-MP laknat mereka. (gua sebut laknat pasal mereka masih terikat dengan sumpah bai'ah)

Lu ada nampak parang kat leher atau pistol kat dahi mereka yang berbai'ah di depan TGAA

Demi menghalal perkhianatan mereka, TGAA sanggup buat U-Turn dengan sumpah yang di lafazkan di hadapannya sebagai PJ Pas Perak dengan kata-kata pada PRU12, 'TGAA telah menjelaskan beberapa perkara tentang lafaz 'bai'ah' yang perlu dilakukan oleh semua calon yang lafaz bai'ah tersebut sama seperti mana yang digunakan di Kelantan ; di mana tiada seorang pun yang berani 'melompat' walaupun ditawarkan RM5 juta oleh pihak lawan'.

Sekarang beliau mendakwa bahawa taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, bai'ah taklik dengan sumpah paksa dianggap sebagai 'lagho' maka boleh ler buat kafarah untuk membatalkannya. Yang teruk bila beliau mengangkat hujah peguam Ustaz Hanipa Maidin sebagai bahan rujukan tertingginya kerana peguam itu menang banyak kes. Gua rasa TGAA dah terlebih dos hasil air tangan Dap dengan membaruakan diri sendiri. 

Cerdik atau bodoh bila seorang yang bertaraf ulama dunia merujuk hukum hakam dengan seorang peguam sekular yang tiada kelayakan untuk menghukum dan berhukum tentang al-Quran dan as-Sunnah. Gua tak kata dia jahil tetapi beliau tiada kelayakan untuk menjadi pakar rujuk. Gua dah kata dari dulu lagi jangan terlalu rapat sangat dengan Dap, nanti kena nasi kangkang. Lihat apa dah jadi dengan bekas YDP Persatuan Ulama Dunia (Malaysia).

Ini pula kehebatan sorang lagi ProMa,Ustazah Dr Mariah yang gua petik berkata...

"Ya kita mungkir janji, tetapi kita terpaksa beralih kepada sesuatu yang lebih baik. Hadis dalam kitab Sahih Muslim ada menyebut, barangsiapa bersumpah tetapi bertemu perkara lebih baik maka hendaklah dia melakukan hal itu dan membayar kafarah.

Gua nak tahu apa yang dikatakan beralih kepada sesuatu yang lebih baik tu dan gua andaikan jemaah yang bermaksud PAN. Gua tidak nafikan yang PAS bukannya sempurna tetapi adakah PAN/AMANAH lebih sempurna sedangkan para pemimpinnya sendiri tidak beramanah semasa berada didalam PAS. Belum lagi memimpin sudah menunjukkan sifat-sifat yang memalu dengan membuka pintu fitnah.

"Maknanya dalam Islam, ada jalan keluar apabila kita mungkir janji. Dalam bab dosa, itu antara kita dengan Allah SWT.. kita istighfar.. bertaubat. Allah sahaja yang tahu hati kita," katanya.

Dia nih baru memeluk Islam atau baru sedar yang selama ini beliau jahil tentang Islam. Gua hairan bagaimana seorang bekas ketua muslimah tidak mengetahui bahawa Islam itu 'Mudah dan Tidak Membebankan'. Sebagai seorang bekas pemimpin muslimah PAS pusat, beliau tidak perlu mengingatkan tentang dosa pahala. Itu lu dengan Allah s.w.t., bagaimana pula dengan ahli PAS yang bekerja siang malam demi kemenangan lu tidak memaafkan lu tetapi lu mengkhianati mereka tanpa melepaskan jawatan. Ramai nak kena cari tu dan usah ler dengan hujah menang atas PR tetapi lu bai'ah guna nama PR atau PAS.

"Dalam kes Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) sekarang sudah jadi polemik, kita berasa sedih juga kerana tidak ada kesepakatan dari segi pendapat alim ulama.
 
"Sepatutnya kita buat satu perbincangan dan tengok apa pendapat ulama terbanyak, bukan ulama PAS sahaja. Majlis Fatwa patut bersidang dan ambil tindakan kerana ini mungkin bercanggah dengan amalan mazhab Imam Shafie," katanya. 

Ini adalah keegoan beliau untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau dalam bab berhukum dengan penuh sombong menghalalkan yang haram. Inilah contoh berlagaknya seorang yang mengaku beliaulah profesional terulung dunia. Hebat ler lu bro.... ini olang kita mahu angkat lagi tinggi pasal semua dia langgar loo, mungkin itu kata-kata dari dinasti Lim dan Dap melihat kebodohan seorang Hatta. 

Ada yang kata kenapa presiden PAS tidak boleh menyelamatkan sebuah rumah tangga dari runtuh sedang semua ahli PAS tahu yang TGHH pun terikat kepada PAS. Jangan salahkan PAS bila berlaku masaalah ini kerana beliau tidak di paksa dan beliau boleh menolak dari menjadi calon. Jalan mudah bila tiada jalan keluar maka mula cari kesalahan orang lain sebagaimana 'Langkah Kajang'.

Mungkin kerana terlalu profesional teulung maka sudah tiada apa didalam pemikiran mereka yang sedang berangan-angan mencapai puncak. Sedangkan mereka boleh meletakkan jawatan sebagai MP dengan bertanding Dun dan Adun pula boleh bertanding parlimen. Gua sudah memberi cadangan tersebut memandangkan mereka mengatakan mempunyai 7 MP 7 Adun bersama mereka. Letak jawatan, tukar kerusi dan bertanding tanpa melanggar apa-apa bai'ah. Sekurang-kurangnya mereka boleh test market, apa nak takut mesti menang dengan majoriti yang amat luar biasa pasal semua cawangan PAS kosong sekosongnya dibawa lari oleh Pasma/GHB.

Dalam masalah berhukum Islam tidak melihat suara majoriti macam ideologi anutan para pemimpin GHB/PAN tetapi ia berpandukan kepada kekuatan Nas atau Dalil walau pun 1 berbanding 10. Sejak para barua Dap yang menjadi anai-anai dalam PAS keluar beramai-ramai semakin banyak terserlah kebodohan dalam bercakap atau berhujah.

Gua tidak hairan dengan selera besar dan kebodohan puak ProMak yang lebih mencintai Putrajaya dari mencintai agamanya sendiri dengan alasan bodoh dari Ustaz Mat Sabu. 'Dap minta Hudud ditangguh dulu, biaq dapat pegang Putrajaya lepas dapat... buat ler apa yang PAS nak buat'. Dinasti Lim dah bagi warning yang mereka tidak akan membenarkan Hukum Syariah/Hudud di laksanakan walau pun PR merampas Putrajaya. Dah nak buat macam mana, dah lama sangat makan nasi kangkang dinasti Lim jual agama pun tak apa janji aku jadi barua. Sekurang-kurangnya dinasti Lim boleh tolong dari dihumban ke laut.

Kesian PAS sudah tiada penyokong dan kehilangan Kelantan, malah parti itu juga akan hilang semua kerusi pada PRU14 nanti kerana semua profesional telah keluar beramai sehingga tiada lagi pemimpin-pemimpin maha hebat untuk memenangkan PAS. Ustaz Mat Sabu akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7. 

Percayalah bahawa Dap sudah tidak memandang kepada DSAI kerana bagi Dap, DSAI sudah tidak berguna kerana zamannya sudah berlalu sebab itulah mereka menamakan Ustaz Mat Sabu sebagai pengganti. Gua cukup bangga dengan dengan parti PAN yang akan mengganti PAS sebagai parti Islam yang paling hebat pernah wujud. Belum dilancarkan lagi sudah ada 14 kerusi, tidakkah itu hebatnyanya./GANR

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi .hidup lagi kau .ingat kan dah mampus .ini jenis bloger Pas setan,

Tanpa Nama berkata...

Parti gadai bini.pale kote

Tanpa Nama berkata...

Kau tukar je lah darai gerakan anti najib rosmah kepada gerakan sayang najib rosmah GSNR .senanag orang tahu ,sebab kalau ikut blog GANR macam benci Bn tetapi bila baca isi tulisan kau banyak menerang kawan sendiri ,langsung tak ada serangan pada Bn ,jadi kau ni jenis munafiq dalam tulisan.

matyehBATUAPI berkata...

kah kah kah
"PAS makin tertekan", kenyataan ini tidak dapat dinafikan, kecuali oleh seorang yang pada asalnya telah bangang.
Dari sebuah parti yang menunjukkan kemajuan yang amat luar biasa sebelum ini. PAS dilihat begitu berani dan bertaring bila berdepan dengan musuh.
Namun sekarang, PAS bukan sahaja telah tidak diyakini bulat oleh penyokong2nya sendiri. Bahkan PAS kelihatan berusaha untuk berada dibawah ketiak musuh, walaupun mereka mengetahui bahawa ketiak musuh berbau masam.
Setelah penyokong PAS mula bersiap untuk menyerang musuh, tiba-tiba terpaksa berperang sesama sendiri. Bukan sahaja musuh merasa selamat dan selesa, bahkan musuh membantu kita untuk menikam bangsa kita. Adakah lagi kebodohan yang lebih bodoh dari tektik ini?
Inilah hakikat yang berlaku pada PAS, kelemahan terserlah bila terdapat usaha untuk membuang bekas pimpinan yang dikatakan bermasalah. Dimana tektik pencatasan bekas pemimpinan ini merupakan suatu kebodohan yang akan menjadi sejarah dan diingati sepanjang zaman.
Musuh mungkin telah mengesan titik kelemahan PAS yang tersembunyi selama ini. Keegoan dan kedegilan untuk mengaku salah merupakan punca kepada segala cerita. Inilah punca yang menyebabkan krisis tidak selesai dan tidak menampakkan jalan pulih.
Maka kesempatan musuh untuk memerangkap PAS terbuka luas. Musuh mula memasang perangkap dan berusaha memasukkan PAS dalam raga. Dengan menggunakan beberapa orang ejen yang dekat dengan pimpinan telah diserapkan ke dalam kepimpinan PAS. Mereka telah berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Bahkan musuh mendapat bonus tambahan, bila beberapa orang ejennya telah terpilih dan berjaya menjadi sebahagian kepimpinan PAS.
Peranan ejen musuh ini adalah untuk menjadikan penyokong PAS tetekan dan merasa malu untuk menyokong PAS. Ejen ini menyebar dan memperbesar-besarkan kenyataan bodoh yang keluar dari pimpinan PAS. Mereka akan menyediakan atau memberi ruang kepada media untuk menyiarkan dan menyokong kenyataan bodoh yang dibuat.
Keadaan ini menyebabkan penyokong PAS mula tidak mempecayai istiqamahnya parti dalam menentang musuh. Ini menyebabkan penyokon rasa tertipu dan menjauhi parti.
Ejen musuh dalam PAS juga cuba menghilangkan kepercayaan penyokong PAS dengan menunjulkan kenyataan pimpinan untuk bermukah dengan musuh. Walaupun terdapat seorang dua pemimpin yang membantah dan menafikan hakikat ini. Namun suara bantahan ini adalah suara manusia yang hanya bermodalkan air liur. Bahkan suara tersebut serta merta akan menjadi bisu selepas digertak oleh pimpinan yang lebih tinggi.
Menukar pimpinan yang ada adalah suatu jalan untuk menyelamatkan PAS dari terus dilanda gelora yang terpaksa dipikul. Walaupun sukar untuk ahli PAS melaksanakannya, namun ahli PAS terpaksa juga melaksanakannya. Ahli PAS mesti ingat bahawa baiah mereka hanya kepada parti, bukan kepada mana-mana individu. Bahkan perasaan kasih dan hormat kepada individu tertentu, tidak boleh melepasi kasih dan demi kepentingan depan parti.
Pada hemat saya, ahli PAS tidak akan merasa sukar untuk melaksanakannya. Dimana pada muktamar lepas mereka telah berjaya menyingkirkan kepimpinan yang dianggap bermasalah secara borong dan dikerat setandang. Maka pada kali ini ahli PAS hanya perlu membuang separuh tandang atau sebahagian sahaja.
Segala pengalaman ketika menghalau pimpinan lepas boleh mematangkan ahli PAS dan pengalaman yang penting untuk menganti pemimpin.
Mungkin tektik melebel seperti "Ikan buruk bermula dari kepala", atau "menyekat fahaman wahabi", atau "bomoh hantu hanya untuk hantu," atau "ejen UMNO", atau "serban untuk tutup Velfire".
Semua moto dan gelaran ini telah terbukti berjaya dalam usaha menyikirkan pimpinan lepas. Maka pimpinan yang buruk kepala juga akan tumbang dengan tektik ini.
Orang yang paling layak mengerakkan perubahan ini adalah Tuan Brahim dan Ideris Ahmad. Jika tuan ibrahim gagal melaksanakannya dan tidak bertegas seperti Umar al-Khatab RA. Maka tuan brahim pasti akan mewarisi kepimpinan PAS yang telah koyak rabak dan berbau hamis.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni...mana2 suami bley guna daluh yg sama...cerai tkalik xsah abb sy dipaksa baca oleh jurunikah lepas akad nikah...kafarah dgn beei mkn 10anak yatim...meranala si isteri tu tadi...bestttt

Tanpa Nama berkata...

Pokok yg sihat menghasilkan buah yg sihat...hati yg sihat menghasilkan akhlak yg sihat...akhlak yg sihat menghasilkan kata2 yg sihat...kesian..x dpt nk bahas ilmiah dan logik maka menghina jerla yg mampu dilakukan....

Tanpa Nama berkata...

Munafik ni bila bersumpah...dia langgar

Tanpa Nama berkata...

Krn ikut hemat kau la mat sabu terkejut boleh kalah...xleh nk terima hakikat pastu salahkan org lain plak.....

Tanpa Nama berkata...

pah pru14 ni,mat sabu(dlu ayam sabung pas,kini babi daging dap)presiden parti pertama yg xde kawasn sbb kalah..dlm pas kalah luar lg la kalah..utk tdk memalukn dap,terpksa bg kusi majoriti cina yg anti islam.nk comei lg yg ada amoi yg bole belaga tetek ngan mat sabu.aku tgk dlm parti trbiar ni bnyk jga serigala yg lapar jwtn..tu..tu..yg kebuloq nk jd mb kedah tu..taun dpan bleh lantik dri sendri jd penĝrusi parti bru k..ngo hang pa habaq..tu la gelojoh sgt nk tubuh ngo la..knon sapa yg tbuh dlu ngo bleh jd ketua parti..hahaha..las2 ngo sendri semak samun

Tanpa Nama berkata...

Kesian pada ahli dan penyokong PAS presiden buat perangai ahli bawahan yang jadi mangsa tohmahan masyarakat tapi usah bimbang presiden boleh sejukkan hati ahli semua dengan meminta mursyidul jampi beri penawar ,betul kaulu sekarang dan mungkin selagi presiden berkuasa.ta tanpa nama 6.44 ptg dalam badan ada seketul darah jika bersih darah itu bersihlah seluruh badan jika rosak darah itu maka rosaklah seluruh badan ini bermasuk hati yang sihat akan membuat akal sihat dan meberikan akhlak yang sehat dan akan mengeluarkan kata-kata yang sehat juga jadi jagalah kata-kata kita agar tidak tergelincir denagn fitnah seperti yang presiden PAS telah laku d

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Gua bukan partisan mana-mana parti politik, kalu apa yang gua tulis tidak mengikut cita rasa lu all... persetankan. Bila pemimpin yang lu puja ditolak oleh pewakilan lu cukup marah tetapi sedarlah wahai bani Melayu bahawa pemimpin pujaan lu hanyalah barua Dap. Bila kalah baru terserlah wajah sebenar siapa musuh siapa kawan dan kenapa sudah tidak bocor minit musyuarat seperti sebelum ini.

Itu pun masih belum sedar bagaimana permainan jahat Dap adik Pap dengan slogan 'Malaysian Malaysian'. Sebagaimana kenyataan terbaru golongan haru biru yang mereka keluar kerana tidak pemimpin ini dan itu. Apabila diberi pilihan menyokong Hudud atau menjadi barua Dap, mereka memilih jadi barua lebih bagus.

Lu sudah baca atau buat-buat bodoh tentang perjanjian Dap dengan Pas. Sayang sangat dengan musuh Islam sehingga dijadikan bahan rujukan dalam bab berhukum. Jangan jadi Melayu bangsat seperti Najib/Umno demi menjaga hati parti yang nyata dan jelas memusuhi agama lu. Yang dok sanjung sangat Dap pasai aper sedangkan Tahalluf Siyasi diadakan demi menguntung Islam tetapi dah jadi terbalik demi menjadi barua Dap.

Tanpa Nama berkata...

Minta ulas hal hadi:
1.memfitnah org tokey pil kuda
2. Mengkafirkan org yg tak ikut pas dulu2
3. Fitnah mewalikan org islam dgn dap
4.membaruakan org
5.memfitnah org sbg barua dap
6.memaki org bodoh, anjing, jibon
7.memfitnah org sbg sekular
8. Sengaja tidak memecat orang supaya jatuh talak dan hukumnya
9.memperkenaljan baiah karut cerai talak 3 dan hukumnya dlm islam
10. Tidak hadir parlimen sedangkan waktu itu sepatutnya hadir kerana ditakuti ruu dibentang dan hukumnya makan duit elaun jika tidak hadir bertugas.
11. Parti manakah di dunia ini dr zaman nabi hingga sekarang yg ada menggunakan baiah cerai bini utk walak?
12.hukum jika tidak minta maaf kpd org yg telah difitnah dan apakah balasannya?

Minta admin bg pencerahan.
Minta terangkan apa hukum mengikut orang yg ada sifat2 di atas. Adakah wajib, sunat, harus atau haram sedangkan ada pemimpin yg lebih baik dan tak bersifat spt di atas?

Harap admin jangan konar2. Harap jawab dgn lurus.

Tanpa Nama berkata...

Yg kata mereka sbg barua dap ialah ularmak pas. Kalau berjuang untuk rakyat marhaen drp pemerintahan umno maka akan digelar barua dap.

Tapi peliknya tak ada pulak keluar dari mulut ularmak perktaan barua mic, barua mca mahupun barua gerakan walupun mrka pun lebih krg dap jugak klu pasal hudud.

Tanpa Nama berkata...

Bukan soal nak jaga hati dap.
Tapi soal nak jatuhkan umno pd pru 14.
Klu perangai mcm tu, mcm mna nak jatuhkan umno? Dah tu bising pulak bila umno susahkan rakyat!
Tak ke mengong namanya tu?

Tanpa Nama berkata...

Woiiii....
Org dah kuar nak buat parti baru bior le. Yg pas ni menyebuk tak tentu hala ni apsal? Pas rugi ke kalu diaorg buat parti baru? Dia org mintak tolon pun idak. Mintak duit pun idak. Apa hal nya kita pulak sakit hati, dendam, bubuh racun gila2 neh? Buat apa nak bising2. Buat kerja parti kita udah ler.... parti kita kan kuat. Dema pun nak jatuhkan umno bukan nak jatuhkan pas.

Mengkomer suka ker kalu dema yg kuar tu masuk umno? Mengkomer suka yek?

Tanpa Nama berkata...

Klu betul nama ulama, tentu mereka akan pecat supaya perceraian tak berlaku.
Tapi sbb mereka ularmak, mereka lebih suka lihat org islam bercerai dan ingin menunjukkan apa yg mereka cipta telah berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Tu la pasal. Mereka keluar sbb pemimpin mereka tak betol. Cthnya pernah kafirkan org, fitnah org tokey pil kuda sampai masuk mahkamah, umpamakan org dgn anjing, baruakan org...... memang wajib mereka keluar pun.

matyehBATUAPI berkata...

Berdekad-dekad aku berguru dengan TGNA. Bila TGNA meninggal, aku tidak dapat mendengar arahan dan nasihat mengenai parti dari mulutnya sendiri.
Aku terpaksa mengunakan pengalaman bersamanya untuk membentuk pendirian politik selepasnya. Kadang-kadang aku juga berfikir, dalam isu perpecahan dalam parti seperti hari ini. Apakah pendirian dan tindakan yang TGNA ambil.
Adakah TGNA teguh bersama PAS, seperti pendirian tegas beliau untuk bersama PAS pada krisis 1978.
Adakah pemimpin-pemimpin yang cuba bemukah atau bermuka-muka dengan UMNO akan dihalau dari PAS, seperti yang beliau lakukan ke atas Ust. Nasa dan Hasan Jati.
Adakah TGNA akan berusaha untuk berpisah dengan DAP dan berpecah dari PR, seperti mana dilakukan oleh pimpinan ulamak hari ini.
Adakah TGNA akan membenarkan pimpinan ulamak diperlekeh dan dihina, seperti setengah pihak lakukan pada hari ini.
Adakah TGNA akan jadikan Mat Sabu dan Salahuddin barangan yang mempunyai nilai harga, seperti yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
Hanya Allah yang mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

Setuju.
Ada pihak dulu dah janji sama2 utk jatuhkan pemerintah yg zalim. Tapi dalam diam2 dia langgar janji buat pertemuan sulit hingga habis semua janji punah ranah. Ini pun munafik sbb menipu rskyat dgn janji dia.

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu kalah sbb ularmak guna kaedah paling kotot dlm sejarah yg org umno pun tak sanggup buat. Bermula dgn cacian, tuduhan, menghalau, fitnah hinggalah ke tahap mengedarkan nama calon utk dipangkah pun sanggup dillakukan. Lebih hebat, ularmak turut menggunakan media umno spt utusan dan tv utk memburukkan mat sabu dan rakan2.

Dlm pas ni, cakap lebih sikit, cantas. Tegur sikit, cantas. Beri pendapat, cantas. Buat pembaharuan sikit, cantas.

Baiah pulak tu.......

Tanpa Nama berkata...

Bayangkanlah bagaimana seorg yg mengaku pengikut ulama sanggup menggelarkan mat sabu yg juga seorang islam sebagai "daging babi dap". Di sini saja pun sudah cukup utk kita menilai siapakah sebenarnya pas yg mengaku mendaulatkan islam.

Tu ayat org kafir tu....

Tanpa Nama berkata...

Klu kita rasa apa yg allahyarham TGNA buat tu betul, kita ikutlah. Yg TGNA tak buat tu jangan diikut. Apa TGNA nasihat dulu ikutlah. Ikut nasihat ulama terdahulu yg disukai ramai, jangan ikut nasihat ulama/ pemimpin yg org islam sendiri/ rskyat pun dah membencinya. (Sila cari hadis)

Tanpa Nama berkata...

Antara orang kesayangan TGNA semasa beliau masih hidup ialah Husam, Salahudin dan Mat Sabu. Mereka merupakan orang kepercayaan dan tulang belakang Allahyarham. Kini semua itu hanya tinggal kenangan apabila pas berubah perjuangan. Selamat tinggal pas. Terima kasih kerana pernah menghargai golongan seperti kami. Izinkanlah kami menukar haluan kami demi Islam sebenar yang lebih murni. In Shaa Allah, tujuan kita masih satu biarpun berlainan perahu. Amin Ya Rab.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mna nak bebaskanmalaysia kalau kita mengamalkan semangat kera sumbang?

Tanpa Nama berkata...

Cita2 pas utk meletakkan calon di kaw dap bertanding itu harus dipuji kerana berani.
Tetapi utk meletakkan calon bukan islam lalu mengharapkan kemenangan, rasanya jauh panggang dari api.
Keberanian pas itu umpama, kalu kail pjg sejengkal jgnlah lautan dalam hendak diduga. Ukur baju di badan sendiri.
Tapi klu setakat nak tunjuk kemarahan, nak tunjuk kesombongan, nak tunjuk kebodohan; bolehlah cuba..... tak salah mencuba.
Tapi klu mencuba yg memang dah tau jawapan dan hasilnya, itu kita panggil kebodohan tahap tinggi (KEBAT)

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tanya satu soalan.
Apa hukum memfitnah seorang calon pilihanraya dengan tuduhan tauke pil kuda sedangkan calon tersebut tidak melakukannya? Apa hukumnya kesalahan memfitnah yg telah jelas dibuktikan mahkamah tetapi tidak mahu mengaku salah dan tidak mahu meminta maaf kepada pihak yg telah difitnahnya? Apakah org yang memfitnah itu akan terlepas dari siksaan neraka jika ia bergelar ulama? Adakah org spt ini patut kita jadikan sebagai pemimpin kita dalam beragama?

Minta penjelasan dari pihak admin.
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Tengok ayat ahli pas...
".....ada amoi yg bole belanja tetek dengan mat sabu"
Ayat ni lahir dari penyokong ulama.
Org mcm ni yg nak kita ikut?

Tu ayat org kafir tu....

Tanpa Nama berkata...

Kalau lu bukan partisan mana2 politk ,mengapa selalu lu komen untuk mneghentam kepada yang bermasaalah dengan Pas sahaj.mengapa tidak lu bikin adil lah sikit untuk komen mana2 parti.lu ada faham ke apa yang lu tulis? gua ni dah lama ikut apa lu tulis.jangan lu merepek lah.kalau betul2 lu bukan partisan mana2 parti sekarang danselepas ini gua mau lu tulis semua parti yang ada msaalah ,.samada Umno.Pas.DAP ,PKR atau amanh.tulis dengan adil untul betulkan semaua dan mnejadi pembela rakyat /bukan mnegmpu peminpin .ada lu faham?

mohd shahran berkata...

Ucapan Ualamk yang bertaraf PUKIMAK
"PAS juga pernah bersendiri. Pernah pada 1982 semua ahli Parlimen PAS dalam kerajaan Kelantan tiada. Hanya tinggal Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tapi kini sudah 20 tahun lebih kita perintah Kelantan. DAP baru satu penggal saja menjajah," katanya

Untuk makluman Pas tidak boleh menjajah kelantan dengan bersendirian. Setelah pas bertahalul siyasi baru pas berjaya MENJAJAH KELANTAN Pas berjaya menjajah Kedah n Trengganu berapa penggal?

Wan Rosli berkata...

Dah kalah tak de jawatan.. terpaksa bukak parti baru utk dpt jawatan.. kalau ada jawatan barulah DAP respek.. hahahahahaha.. mudahnya nak baca permainan diaorg nih..

Wan Rosli berkata...

Kita nak tgk undi melayu.. depa sokong hudud ke tak? Apa yg susah sgt nak paham.. tak tengok ke mesej org melayu masa Bersih 4..? situ dah nmpak sokongan kpd PAS oleh melayu seramai 90%..

Wan Rosli berkata...

Kemain lagi.. yg korang maki ulamak tak pe plk.. sebiji perangai DAP.. hudud x boleh pilihanraya majlis boleh..

Wan Rosli berkata...

Silakan tuan.. macam ni lah komen.. bertanggungjawab serta sopan.. aku kalau boleh nak pujuk kau masuk PAS balik.. tapi apakan daya sudah ada haluan masing2..

Wan Rosli berkata...

Siapa yg bising sebenarnya.. nk tubuh parti baru silakan.. nak langgar bai'ah pun silakan..

Wan Rosli berkata...

Diharap segala tuduhan terhadap TGHH ditarikbalik kerana sehingga kini saya masih lagi blm jumpa apa2 bukti konkrit ..

Kalau isu terengganu kalah dulu.. LKS dan karpal singh juga kalah.. malah parti keadilan nasional hanya tinggal satu kerusi permatang pauh ketika PRU thn 2004 itu.. sedangkan TGHH masih lg menang di kerusi dun dan parlimen !!!

Kalau isu kedah kalah pulak.. kita semua harus paham di mana ketika itu ada seseorg yg teringin nak jd mb lalu menimbulkn kekecohan dalaman parti.. ditambahkn lagi dgn tuduhan syiah ke atas seorg pemimpin utama parti tp beliau hanya diam seribu bahasa tanpa mempertahankn diri sbg pemimpin parti kecuali di saat2 akhir yg sebenarnya sudah pun terlambat..!

Kalau setakat isu pil kuda pula mahkamah sudah pun bersihkan TGHH.. kalau korang jwb dan percaya hakim kata TGHH ada buat unsur2 fitnah dlm isu ni (hakim bn korang percaya ke!! ) maka korang kena percaya jgk kata2 hakim mahkamah tinggi yg membebaskan dsai dlm kes liwat dua dulu bahawa mmg berlaku perlakuan liwat antara dsai dan saipul tp kekurangan bukti (aku x percaya.. spt yg korang kena percaya)

Kalau isu pertindihan calon pula.. sbg presiden beliau berhak membuat keputusan setelah mendapati ada calon2 yg x sesuai demi mengelak dari berulangnya kes lompat parti di perak sehingga tergadainya kerajaan negeri.. sbg seorg ahli politik yg bijaksana spt TGHH pasti pengalaman sebegini telah mengajar beliau utk dijadikan sempadan..

Kalau malas dtg mesyuarat PR itu perkara biasa bila ada keuzuran.. dewa LGE korang pun aku difahamkan lebih kerap x dtg mesyuarat berbanding TGHH..

Kalau dikatakn berakhlak buruk dan mengadu domba itu hanyalah tuduhan kosong yg sudah pun terbang di angin lalu..

Pada aku tuduhan UG selama ini hanyalah tuduhan fitnah.. kalau ada pun perjumpaan dgn umno bukan utk berUG tp utk kita lihat sejauh mana islam boleh dimartabatkn jika dpt kerjasama umno (memandangkn kita sudah pun tahu parti PR yg lain terang2 menolak hudud yg ingin dilaksanakn oleh PAS)..
Apa jadi pula dgn LKS melalui DAP yg terang2 nak bersatu dgn BN utk sama2 menentang hudud.. ada korang bantah.. tak de kan..!
Bagaimana pula dgn tawaran TPM kpd dsai serta ura2 azmin ali jumpa mahathir mewakili dsai nk jatuhkn najib kononnya.. ada korang bantah... tak de kan..!
Perbuatan DAP dan PKR ini sebenarnya adalah lebih bahaya buat kesatuan PR..!! lupakah korang parti2 mana yg telah lompat jd BEBAS yg telah menjadi punca kejatuhan kerajaan PR perak dulu!!.. sedangkan UG yg dimomokkan oleh mereka hanyalah rekaan dUMbNO utk melemahkan PAS dan sayangnya korang yg rasa diri korang bijak begitu mudah percaya mainan umno ini...
Utk pengetahuan korang juga hassan ali dan nasharuddin mat isa sudah pun menjadi sejarah dlm PAS bilamana mereka kini sudah dipinggirkn.. puak PASMA jg bakal menerima nasib yg sama jika masih percaya dgn mainan UMNO tersebut yg mengakibatkn mereka kini beralih wala' kpd LKS dan LGE..

Maka dgn itu mari lah sama2 kita BUKAK MATA terhadap tindakan berani TGHH yg benar2 ingin menaikkan serta memartabatkn islam di negara tercinta ini.. kalau hudud akhirnya terlaksana maka tercapailah cita2 suci rakyat kelantan serta PAS sendiri.. jika sebaliknya org melayu yg baik dlm UMNO pastinya dah dpt melihat keikhlasan PAS dn mereka pasti menyokong PAS lantaran pemimpin2 UMNO sekarang dah terlanjur jauh.. x susah nak fikirkan kan??...
Hudud no 1 PR no 2.. x kan hudud ini nak disamakn dgn agenda DAP dan PKR.. kalau sama lebih baik kita buat satu parti je x yah ada DAP dan PKR lg.. betul kan?

Wassalam..

Wan Rosli berkata...

Mic dan mic kafir harbi.. amacam?

Wan Rosli berkata...

Kurang2nya boleh jugak jampi air.. kalau suruh LGE tu jampi habis tersembur daging babi dari celah2 gigi dia.. amacam?

Tanpa Nama berkata...

wahai Allah,ampunkn aku...wahai muslim,maafkn aku

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...